Aku, Classmates dan Kereta Api





25hb Febuari 2011 aku dan classmates (Syaza, Ain dan Harry) di Kolej Yayasan Sabah (KYS) DDC Sem 3(Diploma Sains Komputer) pergi mengembara ke Beufort dengan menaiki Kereta Api. Objektif utama ialah untuk merasa sendiri bagaimana menaiki Kereta Api Negeri Sabah.

Kereta Api Negeri Sabah telah mula beroperasi kembali pada 21hb Februari 2011 dan sebagai meraikan pembukaan semula mereka telah memberikan perkhidmatan mereka secara percuma bermula pada 21hb - 26hb.

Pada mulanya, aku lupa untuk mensetkan alarm untuk bangun awal pagi namun aku bernasib baik disebabkan ada orang yang selalu call atau sms aku pada masa itu. Biasanya orang itu akan call atau sms pada jam 4.30 atau jam 5 tapi kali ni agak terlewat namun aku masih sempat untuk menunaikan kewajiban dan mandi.



Sekitar jam 6.10 aku telah bersedia untuk menunggu Syaza mengambil aku di rumah dan kemudian ain di Api Api Centre dan akhir sekali Harry di perhentian bas Wisma Persekutuan. Kami tiba di stesen Tanjung Aru pada pukul 7.15 pagi.

Setiba disana, orang ramai telah mula mengerumuni kaunter tiket. Apa tidaknya, tiket free la katakan hehe. Selepas mendapatkan tiket, kami bersarapan di kantin stesen itu.

Jam 7.40 pagar mula dibuka dan orang ramai mula berasak - asak sebab takut tidak dapat tempat duduk. Syukur alhamdullilah. Keadaan dan kondisi Kereta Api itu berada dalam keadaan baik sekali kecuali bab tandas. Perjalanan dimulakan pada jam 8 pagi.



Kami tiba di Stesen Kereta Api Beufort pada jam 10.30 pagi. Oh nampaknya kami telah berada dalam kereta api tersebut selama 2 jam setengah dan maknanya kereta api itu bergerak agak perlahan di bawah 90 KM/H.

Setiba disana kami telah berbincang sama ada ingin menaiki kereta api untuk pulang ke KK atau tidak. Jika kami memutuskan untuk menaiki kereta api untuk pulang maka kami tidak sempat untuk berjalan - jalan dan ianya agak membosankan jika pulang awal maka kami cadangkan untuk pulang menaiki bas ke KK.

Selepas berbincang, perkara pertama yang dilakukan ialah mencari tempat makan (harap maklum.. semua badan kecil tapi tangki besar). Selepas makan kami berjalan - jalan di tamu dan kemudian ke tasik di Beufort dan kemudiannya kami menaiki bas untuk ke Papar.

Setiba di Papar, seperti biasa isi perut lagi. Selepas mengisi perut kami ke pasar dan kemudian ke Perpustakaan Papar dan kami pulang ke KK.



Ok Adios~
[Read More...]


Aku kembali






Kini aku kembali berblog. Kembali ke blogspot. Bukan kerana aku tidak mampu untuk membeli domain dan hosting namun aku ada komitmen lain yang harus didahulukan. Jika komitmen itu telah berjaya maka aku akan kembali ke hosting dan domain yang baru.

Sekarang kita sudah berada di penghujung bulan Febuari 2011. Sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disedari banyak kenangan pahit dan manis dan apa yang penting sekali hidup ini harus diteruskan kerana perjalanan kita masih jauh dan berusaha untuk memperbaikinya.

Kenapa aku kembali berblog ? Kerana blog adalah tempat untuk meluangkan masa ketika aku bosan dan tempat untuk berkongsi ilmu dan yang paling penting tempat untuk menjanakan duit.

Masa untuk aku mengundurkan diri seketika kerana ingin meluangkan masa di dashboard ini :)
[Read More...]


 

Categories

Recent Comments

Popular Posts

Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors