0 Konsert Lagenda Rock, Tawau




Berlangsungnya konsert Lagenda Rock di Stadium Kompleks Sukan Tawau, 1 Oktober 2011. 4 artis rock lagenda dalam 1 persembahan yang hangat membara. Antara lagenda rock yang datang ialah Ella, Mus(MAY), Bandi(Amuk), Asheed(Def-Gab-C). Juga, penampilan khas daripada Point Band yang berasal daripada Jakarta, Indonesia dan tidak lupa juga kepada artis tempatan Sabah iaitu Mas AF turut bersama - sama memeriahkan konsert tersebut.

Aku memulakan perjalanan darat daripada Kota Kinabalu pada hari jumaat 30 September 2011 pada jam 10 Pagi dan akhirnya sampai ke Tawau pada jam 8 Malam. Memang amat memenatkan sekali memandu sebegitu jauh dan aku juga kantoi oleh Polis Trafik kerana memandu tanpa lesen tapi syukur alhamdullilah selamat tiba di Tawau (actually aku sudah biasa jalan jauh menggunakan jalan darat).


Ok, jom mulakan cerita mengenai Konsert Lagenda Rock. Seawal jam 7 malam lagi aku sudah berada di Kompleks Sukan Tawau. Aku yang memakai pass (ALL ACCESS) menunggu sahabat - sahabat ku admin Tawaurian @ Tawaubloggers (Sudir dan Budaini). Konsert tersebut dimulakan dengan Tarian Suku Kaum Bugis dan seterusnya Mas AF dan Point Band turut memeriahkan konsert tersebut. Pada waktu ini, aku sudah mencari tune untuk setting Manual Baby D90 dan akhirnya aku berjaya untuk mendapatkan settingnya ketika Asheed(Def Gab C) keluar untuk memulakan persembahan.

Sebenarnya aku masih lagi dalam mood malas untuk menaip. Jadi, aku direct to the point. Disini aku ingin mengatakan rasa kecewa dengan sikap segelintir warga Tawau. Terdapat 2 insiden melempar botol ke arah artis (Vokalis Point Band dan Mus MAY) dan juga berlakunya keadaan situasi yang tidak terkawal ketika hujan gerimis mula membasahi konsert lagenda rock sehinggalah ke pertengahan persembahan MUS May. Diharapkan pihak penganjur dapat memperbaiki kelemahan mereka seperti isu pentas, isu sound system, isu ticket dan isu keselamatan.

*sorry.. belum ada mood untuk menulis blog*
[Read More...]


0 Kini aku kembali berblog




Setelah beberapa ketika aku menghilangkan diri di dunia blogging kini aku kembali.

Walaupun perit namun aku ingin berkongsikan kepada semua apa yang telah berlaku kepada diriku yang serba kerdil ini. Tikaman belakang daripada orang yang sangat aku kenali dan sangat rapat. Orang yang boleh aku anggap sebagai sebahagian daripada keluargaku. Itulah tikaman yang paling sakit yang pernah aku rasakan. Pelbagai tomahan, fitnah telah dilemparkan kepada ku. Namun, aku sabar dan tabah menghadapi segalanya. Aku percaya yang pada suatu hari nanti kebenaran akan berpihak kepada ku. Siapa ? Aku rasa tak perlulah aku untuk menyatakan siapa. Biarlah aku dan Allah sahaja yang tahu.

Kisah yang terbaru, baru sahaja kemarin dulu aku dimarahi oleh seseorang yang aku kagumi dan hormati. Aku sendiri tidak tahu apa puncanya aku dikatakan sebegitu rupa. Seingat aku, baru sahaja Sabtu lalu kami berjumpa dan semuanya tidak ada apa - apa yang salah aku buat. Aku sehinggalah pada hari Isnin, keadaaan mula berubah. Aku merasakan bahawa ada seseorang yang telah menikam aku sekali lagi dari belakang dan aku rasa aku kenal siapa. Namun, aku tidak mempunyai bukti apa - apa untuk menuduh beliau. Aku berserah kepada yang maha Esa agar suatu hari nanti kebenaran akan muncul. Sekian.

*Next update : Konsert Lagenda Rock Live at Tawau"
[Read More...]


0 Al - Fatihah kepada Ayahanda Sahabat Karibku



Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.

Surah ali Imran ayat 145


Assalamualaikum, pada 1 March 2011 aku telah menerima berita yang amat mendukacitakan. Ayahanda tercinta seorang sahabat karib yang amat rapat sekali dengan aku telah kembali ke rahmatullah dalam jam 11 Malam. Pada jam 1.30 dia menelefon aku memberitahu dan aku terkaku, tersentak dan terdiam seribu bahasa seketika menerima berita itu. “Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun”

Aku begitu rapat sekali dengan Hanafi. Kami bagaikan adik beradik. Dikala susah dan senang kami tetap bersama dan pada masa itu aku telah berniat untuk balik ke Sandakan untuk bersama - sama dengan Hanafi memberikan sokongan kerana ianya satu perkara yang perit untuk diterimanya. Sejurus selepas smsnya yang berbunyi "Salam bro. Mau bgtau ko ngan jrul.. Dady ku meninggal dunia.. Inform Jrul k ? Sedekahkan Al - Fatihah buat arwah dadyku" aku terus menelefon seorang lagi Sahabat Karib ku Jrul. Kami bertiga sememangnya bagaikan adik beradik susah dan senang kami masih bersama walaupun kami berjauhan.

Pada 1 MAC 2011, kira - kira jam 11 Malam. Seorang kawan telah bertanya kepada ku adakah BERITA INI berkaitan dengan sahabatku. Setelah aku membaca berita tersebut aku tersentak terdiam seribu bahasa. Aku tidak dapat mengatakan apa - apa. Hanya air mata mula menitis. Aku sungguh terkejut dan tidak percaya dengan apa yang terjadi. Aku dapat merasakan bagaimana perasaan sahabat karibku setelah membaca berita tersebut dan pada masa yang sama hati dan perasaan ku mula panas dengan apa yang terjadi. Aku panas dengan perbuatan kejam kepada orang yang melakukannya tapi aku tidak boleh menurutkan perasaan kerana ianya tugas polis dan yang pasti jika dia terlepas di dunia ini di akhirat pasti ada balasannya. Jenazah telah selamat dikebumikan pada petang 2 MAC 2011.

Marilah bersama - sama kita sedekahkan Al - Fatihah kepada arwah. Moga roh arwah dicucuri rahmat ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman. Amin Yarabbal Alamin.

Pengajaran daripada peristiwa ini :

1. Kematian itu suatu yang pasti, hanya saja kita tidak mengetahui bilakah tibanya ajal kita. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa mengingati kematian dan berusaha menyiapkan diri dengan sebaik-baik bekal untuk menghadapinya. Semoga Allah mengampunkan kita semua.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
[ali-Imran (3) : 185]

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh,
[an-Nisa' (4) : 78]

Wasalam.
[Read More...]


0 The FaceBlog






SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH
[Read More...]


0 Aku, Classmates dan Kereta Api





25hb Febuari 2011 aku dan classmates (Syaza, Ain dan Harry) di Kolej Yayasan Sabah (KYS) DDC Sem 3(Diploma Sains Komputer) pergi mengembara ke Beufort dengan menaiki Kereta Api. Objektif utama ialah untuk merasa sendiri bagaimana menaiki Kereta Api Negeri Sabah.

Kereta Api Negeri Sabah telah mula beroperasi kembali pada 21hb Februari 2011 dan sebagai meraikan pembukaan semula mereka telah memberikan perkhidmatan mereka secara percuma bermula pada 21hb - 26hb.

Pada mulanya, aku lupa untuk mensetkan alarm untuk bangun awal pagi namun aku bernasib baik disebabkan ada orang yang selalu call atau sms aku pada masa itu. Biasanya orang itu akan call atau sms pada jam 4.30 atau jam 5 tapi kali ni agak terlewat namun aku masih sempat untuk menunaikan kewajiban dan mandi.



Sekitar jam 6.10 aku telah bersedia untuk menunggu Syaza mengambil aku di rumah dan kemudian ain di Api Api Centre dan akhir sekali Harry di perhentian bas Wisma Persekutuan. Kami tiba di stesen Tanjung Aru pada pukul 7.15 pagi.

Setiba disana, orang ramai telah mula mengerumuni kaunter tiket. Apa tidaknya, tiket free la katakan hehe. Selepas mendapatkan tiket, kami bersarapan di kantin stesen itu.

Jam 7.40 pagar mula dibuka dan orang ramai mula berasak - asak sebab takut tidak dapat tempat duduk. Syukur alhamdullilah. Keadaan dan kondisi Kereta Api itu berada dalam keadaan baik sekali kecuali bab tandas. Perjalanan dimulakan pada jam 8 pagi.



Kami tiba di Stesen Kereta Api Beufort pada jam 10.30 pagi. Oh nampaknya kami telah berada dalam kereta api tersebut selama 2 jam setengah dan maknanya kereta api itu bergerak agak perlahan di bawah 90 KM/H.

Setiba disana kami telah berbincang sama ada ingin menaiki kereta api untuk pulang ke KK atau tidak. Jika kami memutuskan untuk menaiki kereta api untuk pulang maka kami tidak sempat untuk berjalan - jalan dan ianya agak membosankan jika pulang awal maka kami cadangkan untuk pulang menaiki bas ke KK.

Selepas berbincang, perkara pertama yang dilakukan ialah mencari tempat makan (harap maklum.. semua badan kecil tapi tangki besar). Selepas makan kami berjalan - jalan di tamu dan kemudian ke tasik di Beufort dan kemudiannya kami menaiki bas untuk ke Papar.

Setiba di Papar, seperti biasa isi perut lagi. Selepas mengisi perut kami ke pasar dan kemudian ke Perpustakaan Papar dan kami pulang ke KK.



Ok Adios~
[Read More...]


1 Aku kembali






Kini aku kembali berblog. Kembali ke blogspot. Bukan kerana aku tidak mampu untuk membeli domain dan hosting namun aku ada komitmen lain yang harus didahulukan. Jika komitmen itu telah berjaya maka aku akan kembali ke hosting dan domain yang baru.

Sekarang kita sudah berada di penghujung bulan Febuari 2011. Sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disedari banyak kenangan pahit dan manis dan apa yang penting sekali hidup ini harus diteruskan kerana perjalanan kita masih jauh dan berusaha untuk memperbaikinya.

Kenapa aku kembali berblog ? Kerana blog adalah tempat untuk meluangkan masa ketika aku bosan dan tempat untuk berkongsi ilmu dan yang paling penting tempat untuk menjanakan duit.

Masa untuk aku mengundurkan diri seketika kerana ingin meluangkan masa di dashboard ini :)
[Read More...]


 

Categories

Recent Comments

Popular Posts

Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors